Johan seorang yang sangat pendiam dan agak pemalu.Dia kini sedang belajar di sebuah kolej.Johan juga sering dibuli oleh rakan-rakannya.Boleh dikatakan di kolej itu dia xmempunyai teman kerana dgn sifat pemalunya.Johan juga seorang yang miskin.Dengan kehidupanya yang daif,dia ingin mengubah nasib keluarganya.Ibunya telah meninggal ketika Johan dilahirkan.Johan tidak mempunyai adik beradik.Johan kini tinggal bersama bapanya yang bekerja sebagai penoreh getah.

Ceritera bermula apabila seorang pelajar baru yang bernama Fazura.Fazura seorang anak orang kaya.Bapa Fazura berasal dari malaysia manakala ibu Fazura berasal dari Amerika.Fazura seorang yang cantik dan tidak mempunyai teman lelaki.Namun Fazura bukan seorang perempuan yang sombong.Dia tidak mengira pangkat,keturunan dan paras rupa.Apa yang penting baginya ialah ikhlas dalam persahabatan.

Johan yang tidak berkelip mata apabila melihat Fazura masuk ke kelas.Ternyata Johan menaruh harapan terhadap Fazura.Perbutan Johan itu telah disedari oleh Lan.Lan seorang yang nakal dan suka bersosial.Setelah Lan menyadari perbuatan Johan lalu Lan membaling pen kearah Johan.Johan tersentak.Lan terus menghina Johan seorang anak yang miskin dan mahu kepada seorang anak orang kaya.Johan yang hanya tunduk dan tidak mampu berbuat apa-apa.Johan menjadi malu apabila ditertawakan.

Namun dia percaya bahawa Fazura adalah miliknya.Lan juga mempunyai perasaan yang sama seperti Johan.Selepas kejadian itu Fazura tahu bahawa Lan seorang yang tidak layak dinamakan kawan.Fazura tahu isi hati Johan dan perasaan Johan apabila dihina.Fazura turut bersimpati.Lan seorang anak Dato.Bapak Lan adalah orang yang penting di Kolej tersebut.Oleh sebab itu semua pensyarah tidak boleh berbuat apa-apa dengan Lan.

Diwaktu rehat,Lan terus pergi mendapatkan Johan dan memberi amaran kepada Johan supaya menjauhkan diri daripada Fazura.Dengan tidak sengaja Fazura lalu disitu dan Fazura hanya berbuat tidak tahu apa-apa.Namun Fazura tahu apa yang terjadi.Johan pula tidak berbuat apa-apa.Johan hanya menurut sahaja kata-kata Lan.

Selepas Lan beredar,Fazura terus pergi ke arah Johan.Johan yang berdebar-debar apabila Fazura berada dihadapannya.Fazura menyatakan hasrat hatinya untuk berkawan dengan Johan.Tanpa memberikan sebarang jawapan Johan lantas pergi.Johan berlari dan terus berlari.Fazura keseorangan disitu dan tetap akan berusaha untuk berkawan dengan Johan.

Setelah pulang ke rumah,Johan memikirkan perasaanya terhadap Fazura.Johan malu ingin berkawan dengan fazura.Fazura seorang anak orang yang kaya.Tambahan pula ramai lelaki yang tergila-gila akan Fazura.Johan sedar siapa dirinya.Setelah puas berfikir,Johan membuat keputusan untuk berkawan dengan Fazura.

Keesokan harinya,di dalam kelas seperti biasa Johan akan dihina oleh Lan.Lan diarahkan supaya diam oleh pensyarahnya.Lan terus terdiam.Fazura tersenyum sipu.Semua rakan kelas takut untuk mentertawakan Lan.Namun Lan berdiam diri dan malu.Ketika sedang belajar,Johan memang belajar bersungguh-sungguh.Dalam daripada itu Fazura memerhatikan Johan yang sedang gigih belajar.Fazura juga seperti punyai rasa yang sama seperti Johan.

Diwaktu rehat,Johan memberanikan diri menghampiri Fazura di kantin.Johan memperkenalkan dirinya dan meminta maaf kepada Fazura kerana tidak memberikan jawapan pada hari semalam.Riaksi Johan itu dilihat oleh rakan Fazura yang satu meja dengannya.Johan menyatakan hasratnya ingin berkawan dengan Fazura.Fazura tanpa memikir panjang terus menerima Johan sebagai sahabat barunya.

Johan sangat gembira dan ia merasakan inilah hari yang paling bahagia baginya.Johan terus beredar apabila ternampak Lan bersama rakan-rakanya yang lalu dikantin.Johan terus pergi ke perputakaan.Sedang Johan asyik menilik buku,tiba-tiba bahu Johan disentuh oleh pensyarahnya dan menyatakan bahawa bapa Johan kemalangan.

Johan tanpa memikir panjang terus bergegas ke hospital.Apabila tiba di hospital doktor memberitahu kepada Johan bahawa ayahnya sudah tiada.Johan terus rebah.Lantas Johan terus menghampiri jasad ayahnya dan mencium dahi bapanya sambil menangis.Johan tiada siapa-siapa selain ayahnya.Ayahnya yang menjaganya semenjak ia lahir.Kini Johan hanya mampu menangis.Sebak dihatinya.

Keesokannya,dihari pengebumian ayah Johan, Fazura hadir di tanah perkuburan itu tanpa disedari oleh Johan yang sedang menurunkan ayahnya ke liang lahad.Orang-orang kampung semua bersimpati dengan keadaan Johan.Selepas mendengar talkin dibaca,Fazura menghampiri Johan dan mengucapkan takziah kepada Johan.Tanpa disedari Fazura menitiskan air mata apabila melihat Johan mencium batu nisan arwah bapanya.Fazura menasihatkan supaya Johan banyak bersabar.mungkin inilah dugaan bagi Johan didalam hidupnya.

Seminggu kemudian,Johan kembali normal seperti biasa.Johan merasakan bahawa dirinya adalah yang paling malang didunia ini.Namun Fazura tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat kepada Johan.Setibanya Johan dikelas,Fazura terus menarik tangan Johan.Sambil menagis Fazura menyatakan bahawa dia akan disuruh bertunang dengan Lan.Bapa Lan dan bapa Fazura adalah sahabat baik dari bangku sekolah lagi.Mereka menginginkan anak mereka berkahwin.Johan terus mengelap air mata Fazura yang mengalir lembut dipipi.Fazura berterus terang bahawa dirinya lebih menyintai Johan.Johan tergamam apabila mendengar Fazura membuat pengakuan begitu.Namun hatinya berkecai apabila Fazura harus ditunangkan dengan Lan.

Fazura terus berlari kearah tandas.Tinggal Johan seorang diluar kelas.Johan termenung dan mengalirkan airmata.Hatinya hancur.Namun Johan tetap tabah.Johan melangkah masuk ke kelas sambil mengesat airmatanya.Johan tahu bahawa mungkin ini Fazura bukan jodohnya.Johan melepaskan Fazura ketangan Lan kerana Lan sama kaya dengan keluarga Fazura.

Johan mengorbankan cintanya demi Fazura.Tetapi Johan sedar bahawa dirinya tidak layak buat Fazura kerana Johan tidak mempunyai apa-apa.Johan bukan dari orang yang senang.Tetapi Johan punya cita-cita untuk menjadi seorang yang berjaya.Johan terima dengan takdir yang diberikan kepadanya.
Fazura yang terseksa apabila terpaksa bertunang dgn Lan.Fazura tidak boleh berbuat apa-apa.Walaupon Fazura sayang akan Johan tetapi Fazura terpaksa menurut kata-kata ibu dan ayahnya.Lan merasakan bahawa dunia ini dia yang punya.Lan gembira dengan keputusan itu.Lan terus memandang serong terhadap Johan.Johan sangat bangga dengan kekayaan keluarganya.

Seminggu selepas itu,Lan dan Fazura ditunangkan.Johan hadir dan hanya memerhati dari luar tanpa disedari oleh Lan dan Fazura.Johan hanya mampu tersenyum pilu melihat Lan dan Fazura.Selepas itu,Johan pulang...

Johan berjalan sambil memikirkan nasib dirinya.Johan sudah seminggu tidak hadir ke kolej.Johan berbuat demikian demi masa depan Fazura dan Lan.Johan juga bercadang mahu memajukan tanah arwah bapanya.Dia mahu menamatkan pembelajaranya dikolej itu.Johan mengorbankan cintanya dan cita-citanya demi sebuah cinta.Tanpa disedari,sedang asyik berjalan,tiba-tiba Johan dilanggar oleh sebuah kereta dari arah belakang.Jatuh Johan terbaring diatas jalan dengan dikelilingi darahnya yang banyak mengalir.Johan melihat dunianya yang gelap dan Johan meninggal ditempat kejadian.

Fazura bergegas ke tempat kejadian apabila mendapat berita kemalangan Johan.sambil berlari Fazura menangis.Lan hanya membiarkan Fazura berlari.Fazura terus memandang jasad Johan berlumuran darah.Pemandu itu terus melarikan dirinya.Orang ramai mengelilingi tempat kejadian..
Hidup Johan mungkin tidak indah didunia.Tetapi mungkin hidup Johan lebih indah di alam barunya.Johan menyintai Fazura sampai akhir hayatnya.Beginilah pengorbanan.Pergorbanan dalam percintaan.


created by:cakip

0 comments:

Post a Comment